Wednesday 13 February 2013

SALIRAN

D) SALIRAN

-Umumnya, sungai(sg) di Malaysia adalah pendek, deras di bahagian hulu dan berliku di hilir.
-Sg. terpanjang di Malaysia ialah Sg Rajang (Sarawak) dan Sg.Pahang terpanjang di Sem. Malaysia.
-Antara sg terpenting di Sem. Malaysia ialah Sg. Pahang dan Sg. Perak. Di Sarawak ialah Sg. Rajang dan di Sabah pula Sg. Kinabatangan.

Pola Saliran
-3 pola terpenting di Malaysia ialah:

i) Ranting
-Terbentuk di lembangan sungai dengan struktur batuan yang sama keras.
-Cth: Sg. Kinabatangan dan Sg. Kelantan

 Pola Ranting


ii) Jejala
-Terdiri daripa beberapa cawangan utama, dan cawangan-cawangan ini mempunyai banyak anak sungai kecil dan pendek. Anak-anak sungai ini mengalir masuk sungai utama dalam keadaan bersudut tepat.
-Terdapat di kawasan lapisan batuan keras dan lembut berselang seli. Cth: Sg. Perak.




Pola Jejala


iii) Jejari atau sepunca
-Terbentuk apabila sungai-sungai mengalir keluar dari satu punca ke semua arah. Punca sungai adalah dari kawasan kemuncak tanah tinggi. Cth: Sungai-sungai di Gunung Kinabalu.


 Pola Jejari / Sepunca


-Selain itu, terdapat beberapa pola saliran lagi seperti bersirat, setumpu dan sejajar.


Profil Sungai
-Sungai terbahagi kepada 3 peringkat iaitu hulu, tengah dan hilir.

HULU

-Aliran deras, hakisan aktif
-Terdapat bentuk muka bumi seperti berikut:

i) Jeram


 
 
 ii) Air Terjun




iii) Lurah Bentuk 'V'




iv) Lubang Periuk


TENGAH


-Aliran sungai tidak terlalu deras, sg mula menjadi berliku-liku
-Bentuk muka bumi:

i) Susuh Bukit Berpanca



ii) Lurah Bentuk "U"



HILIR


-Aliran semakin perlahan kerana sg membawa banyak muatan seperti bahan hakisan.
-Sg menuju ke laut, membentuk bentuk muka bumi berikut:

i) Delta


ii) Tetambak
 

iii) Likuan Terpenggal


iv) Tasik Ladam

Monday 11 February 2013

BENTUK MUKA BUMI - PINGGIR LAUT

C) PINGGIR LAUT

Terdapat banyak BMB di pinggir laut:

Tebing Tinggi
-Tanah tinggi bercerun tegak menghadap laut
-Sesuai untuk rumah api
Tebing Tinggi
 
 
Pantai
-Terbentuk hasil pemendapan bahan spt kelikir, pasir atau lumpur yang dibawa arus atau ombak
 

 Pantai
 
 
Teluk
-Bahagian batuan lembut membentuk pantai yang melengkung
-Terhasil dari hakisan ke atas batuan lembut dan keras berselang-seli
 


Teluk
 
Beting Pasir
-Pemendapan timbunan pasir berhampiran dengan pantai

Beting Pasir

 
Tanjung
-Daratan yang menganjur ke laut
Tanjung
 

Anak Tanjung(Tetanjung)
-Pemendapan pasir di hadapan teluk atau muara sungai


 
Pulau
-Tanah daratan dikelilingi laut
Pulau
 
 
Tombolo
-Timbunan pasir yang menghubungkan daratan dan pulau

Tombolo


 
Gua
-Hakisan ombak terhadap batuan lembut di kaki tebing menghasilkan gua
 
 Gua
 
 
  
Gerbang Laut
-Hakisan berterusan di dinding gua atau dua buah gua yang bertentangan
 
 
 
 
 
Batu Tunggul
-Terhasil apabila gerbang laut runtuh akibat hakisan ombak
 
 
  
Batu Sisa/Tunggul Sisa
-Hakisan ombak ke atas batu tunggul
 
 
 
 Lagun
-Perairan cetek yang dipagari anak tanjung atau beting pasir

 
 
 
 * Perairan di sekeliling Malaysia cetek kerana terletak di atas pentas benua. Pentas benua mempunyai kedalaman tidak melebihi 180 meter. Oleh itu cahaya matahari dapat sampai, membiakkan plankton yang menjadi makanan ikan. Pentas benua adalah kawasan tangkapan ikan yang amat sesuai.
 


Sunday 10 February 2013

BENTUK MUKA BUMI - TANAH PAMAH

B) TANAH PAMAH (tp)

-TP ialah kawasan yang mendatar dan beralun, ketinggian kurang dari 180m dari aras laut.
-Di Malaysia kawasan tp paling luas ialah di pantai barat Semenanjung seperti Dataran Kedah dan Dataran Kerian di Perak.
-Kawasan tp di pantai timur adalah sempit, terputus-putus dan berpasir (sebab dihalang oleh Banjran Pantai Timur).
-TP beralun terdapat di Johor (Dataran Johor) yang amat sesuai dengan penanaman getah, k.sawit dan nanas.
-Di Sabah kawasan tp ialah di pinggir laut spt Delta Labuk dan Delta Segama.
Di Sarawak pula spt Dataran Baram dan Delta Rajang.


NOTA - BENTUK MUKA BUMI -TANAH TINGGI

PERINGATAN KEPADA SEMUA! NOTA YANG DISEDIAKAN DALAM BLOG INI ADALAH UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG TIADA BUKU RUJUKAN DAN MEREKA YANG LEMAH DALAM SUBJEK GEOGRAFI. NOTA INI TIDAK HARUS DIJADIKAN SUMBER BACAAN UTAMA KERANA NOTA INI ADALAH NOTA PADAT DAN ASAS KEPADA PENGETAHUAN YANG PERLUA ADA PADA SETIAP PELAJAR UNTUK MEMBOLEHKAN ANDA MENGUASAI SUBJEK INI.

Dalam tingkatan 1, terdapat 3 tema (bermula dari Bab 6) yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu:

i)   BENTUK MUKA BUMI
ii)  CUACA DAN IKLIM
iii) TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR

Perlu kuasai semua tema ini kerana tajuk ting. 1 adalah tajuk yang paling banyak yang akan ditanya dalam PMR nanti.

BAB 6 : BENTUK MUKA BUMI

Terdapat 4 jenis BMB:

a) Tanah Tinggi
b) Tanah Pamah
c) Pinggir Laut
d) Saliran

A) TANAH TINGGI

-Di Malaysia, tanah tinggi terdiri daripada rangkaian banjaran gunung.
-Banjaran gunung yang utama ialah Banjaran Titiwangsa di Sem. Malaysia, ia membahagikan Sem.    Malaysia kepada pantai timur dan pantai barat.Puncak tertinggi ialah Gunung Korbu.
-Di pantai barat terdapat Banjaran Nakawan, Kedah-Singgora, Bintang, Keledang.
-Di pantai timur terdapat Banjaran Benom, Tahan dan Pantai Timur. Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di Sem. Malaysia.
Di Sabah, Banjaran Crocker adalah yang terpenting dengan puncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu. Di Sarawak pula ialah Banjaran Tama Abu dan B. Kapuas Hulu.
-Kawasan tanah tinggi di Malaysia diliputi oleh Hutan Hujan Tropika dan merupakan kawasan tadahan bagi sungai-sungai kita.
-Terdapat 3 kawasan peranginan di Banjaran Titiwangsa iaitu Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser.

-Banjaran gunung di Malaysia terbentuk dari proses lipatan, terjadi akibat proses kuasa himpitan pada bahagian kerak bumi.
-Terdapat dua jenis sistem gunung lipat iaitu; lipat tua dan lipat muda.

Sistem Gunung Lipat Tua
-Bermula dari Pusaran Pamir ke IndoChina dan Thailand
-Terbentuk kira-kira 240 juta tahun
-Rendah dan stabil (akibat proses gondolan)

Sistem Gunung Lipat Muda
-Bermula dari Pusaran Pamir ke Himalaya dan Kepulauan Borneo
-Terbentuk 50 juta tahun yang lampau
-Kasap dan tinggi

* Banjaran Crocker dan Kapuas Hulu merupakan sistem gunung lipat muda TETAPI tiada gempa bumi atau gunung berapi sebab Malaysia terkeluar daripada Lingkaran Api Pasifik.

-Negara jiran yang ada gunung berapi ialah Indonesia, Jepun dan Filipina.




 

Monday 4 February 2013

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum!

Hi everyone! Selamat datang ke dunia Geografi SMK Seri Tasik. Blog ini akan menjadi sumber rujukan dan perkongsian segala bentuk maklumat Geografi dan alam sekitar sama ada berbentuk akademik atau tidak...So happy surfing!