Wednesday 13 February 2013

SALIRAN

D) SALIRAN

-Umumnya, sungai(sg) di Malaysia adalah pendek, deras di bahagian hulu dan berliku di hilir.
-Sg. terpanjang di Malaysia ialah Sg Rajang (Sarawak) dan Sg.Pahang terpanjang di Sem. Malaysia.
-Antara sg terpenting di Sem. Malaysia ialah Sg. Pahang dan Sg. Perak. Di Sarawak ialah Sg. Rajang dan di Sabah pula Sg. Kinabatangan.

Pola Saliran
-3 pola terpenting di Malaysia ialah:

i) Ranting
-Terbentuk di lembangan sungai dengan struktur batuan yang sama keras.
-Cth: Sg. Kinabatangan dan Sg. Kelantan

 Pola Ranting


ii) Jejala
-Terdiri daripa beberapa cawangan utama, dan cawangan-cawangan ini mempunyai banyak anak sungai kecil dan pendek. Anak-anak sungai ini mengalir masuk sungai utama dalam keadaan bersudut tepat.
-Terdapat di kawasan lapisan batuan keras dan lembut berselang seli. Cth: Sg. Perak.




Pola Jejala


iii) Jejari atau sepunca
-Terbentuk apabila sungai-sungai mengalir keluar dari satu punca ke semua arah. Punca sungai adalah dari kawasan kemuncak tanah tinggi. Cth: Sungai-sungai di Gunung Kinabalu.


 Pola Jejari / Sepunca


-Selain itu, terdapat beberapa pola saliran lagi seperti bersirat, setumpu dan sejajar.


Profil Sungai
-Sungai terbahagi kepada 3 peringkat iaitu hulu, tengah dan hilir.

HULU

-Aliran deras, hakisan aktif
-Terdapat bentuk muka bumi seperti berikut:

i) Jeram


 
 
 ii) Air Terjun




iii) Lurah Bentuk 'V'




iv) Lubang Periuk


TENGAH


-Aliran sungai tidak terlalu deras, sg mula menjadi berliku-liku
-Bentuk muka bumi:

i) Susuh Bukit Berpanca



ii) Lurah Bentuk "U"



HILIR


-Aliran semakin perlahan kerana sg membawa banyak muatan seperti bahan hakisan.
-Sg menuju ke laut, membentuk bentuk muka bumi berikut:

i) Delta


ii) Tetambak
 

iii) Likuan Terpenggal


iv) Tasik Ladam

No comments:

Post a Comment