Sunday 10 February 2013

NOTA - BENTUK MUKA BUMI -TANAH TINGGI

PERINGATAN KEPADA SEMUA! NOTA YANG DISEDIAKAN DALAM BLOG INI ADALAH UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG TIADA BUKU RUJUKAN DAN MEREKA YANG LEMAH DALAM SUBJEK GEOGRAFI. NOTA INI TIDAK HARUS DIJADIKAN SUMBER BACAAN UTAMA KERANA NOTA INI ADALAH NOTA PADAT DAN ASAS KEPADA PENGETAHUAN YANG PERLUA ADA PADA SETIAP PELAJAR UNTUK MEMBOLEHKAN ANDA MENGUASAI SUBJEK INI.

Dalam tingkatan 1, terdapat 3 tema (bermula dari Bab 6) yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu:

i)   BENTUK MUKA BUMI
ii)  CUACA DAN IKLIM
iii) TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR

Perlu kuasai semua tema ini kerana tajuk ting. 1 adalah tajuk yang paling banyak yang akan ditanya dalam PMR nanti.

BAB 6 : BENTUK MUKA BUMI

Terdapat 4 jenis BMB:

a) Tanah Tinggi
b) Tanah Pamah
c) Pinggir Laut
d) Saliran

A) TANAH TINGGI

-Di Malaysia, tanah tinggi terdiri daripada rangkaian banjaran gunung.
-Banjaran gunung yang utama ialah Banjaran Titiwangsa di Sem. Malaysia, ia membahagikan Sem.    Malaysia kepada pantai timur dan pantai barat.Puncak tertinggi ialah Gunung Korbu.
-Di pantai barat terdapat Banjaran Nakawan, Kedah-Singgora, Bintang, Keledang.
-Di pantai timur terdapat Banjaran Benom, Tahan dan Pantai Timur. Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di Sem. Malaysia.
Di Sabah, Banjaran Crocker adalah yang terpenting dengan puncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu. Di Sarawak pula ialah Banjaran Tama Abu dan B. Kapuas Hulu.
-Kawasan tanah tinggi di Malaysia diliputi oleh Hutan Hujan Tropika dan merupakan kawasan tadahan bagi sungai-sungai kita.
-Terdapat 3 kawasan peranginan di Banjaran Titiwangsa iaitu Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser.

-Banjaran gunung di Malaysia terbentuk dari proses lipatan, terjadi akibat proses kuasa himpitan pada bahagian kerak bumi.
-Terdapat dua jenis sistem gunung lipat iaitu; lipat tua dan lipat muda.

Sistem Gunung Lipat Tua
-Bermula dari Pusaran Pamir ke IndoChina dan Thailand
-Terbentuk kira-kira 240 juta tahun
-Rendah dan stabil (akibat proses gondolan)

Sistem Gunung Lipat Muda
-Bermula dari Pusaran Pamir ke Himalaya dan Kepulauan Borneo
-Terbentuk 50 juta tahun yang lampau
-Kasap dan tinggi

* Banjaran Crocker dan Kapuas Hulu merupakan sistem gunung lipat muda TETAPI tiada gempa bumi atau gunung berapi sebab Malaysia terkeluar daripada Lingkaran Api Pasifik.

-Negara jiran yang ada gunung berapi ialah Indonesia, Jepun dan Filipina.




 

No comments:

Post a Comment